BERITA AL ILMI

Aug 10, 2011
Category: General
Posted by: Fauzi Razali
Islamic Calendar

Borang  Aduan


Pembayaran Secara Online




 

Laman Utama

.

 

Buletin
Berita Kumpulan ILMI

 

Assalamualaikum,
Insya Allah ILMI akan mengadakan IFTHOR PERDANA nya pada:
Hari : Sabtu
Tarikh : 13 Ogos 2011;
Mula : 5.45 petang;
Tempat : Padang Ilmi;
semua ibubapa dijemput datang.



 

 

 

 

 

 

 

 

Aturcara majlis dimulai dengan tazkirah oleh Us Shauqi Osman, pensyarah UPM, juga penceramah TV 9 tanyalah ustaz, dan diakhiri dengan tahlil perdana.
Kepada ibubapa yang ingin menyumbang makanan, kueh mueh dialu-alukan, juga boleh menyumbang untuk tahlil. Surat dan borang penyertaan tahlil akan mula dikirim melalui pelajar/murid hari ini, guru yang terlibat ialah Ustazah Thohirah. Sekeian, terima kasih.

 

 

SISTEM PENGURUSAN BERSEPADU SEKOLAH
Assalamualaikum
Kepada semua Ibubapa & Penajaga
Pelajar2 SMA, Seri & Kafa.

Pihak Ilmi mohon beribu kemaafan kepada tuan / puan kerana menyusahkan tuan / puan dengan usaha-usaha pengumpulan maklumat parent yang dilakukan oleh guru-guru semenjak minggu lepas.
Kerja-kerja mengemaskini maklumat ini sebenarnya terpaksa dilakukan kerana pihak Ilmi akan mula menggunakan satu sistem baru yang dinamakan 'SPS' ataupun nama penuhnya 'Sistem Pengurusan Sekolah'.
Buat maklumat semua parent, sistem ini merangkumi sistem analisas peperiksaan, sistem e jadual dan lain-lain.

Dengan sistem ini, akan datang setiap parent akan dapat melihat keputusan peperiksaan anak2 melalui email atau sms sahaja. Keputusan peperiksaan akan disimpan dalam daTa pengkalan data, untuk memudahkan parent merujuk keputusan2 yang lepas.
Sistem ini juga dapat memudahkan ibubapa memantau pembayaran yuran, jika ibubapa menyerahkan duit yuran kepada anak2 untuk dibayar, maka dengan sistem ini para ibubapa dapat melihat melalui laman web tentang

pembayaran yang dibuat oleh anak2 mereka.

Sebenarnya banyak lagi terdapat dalam sistem ini. Oleh itu, kepada semua ibubapa dan penjaga, agar dapat memberikan seluruh kerjasama untuk mempercepatkan sistem ini dapat digunakan.
Pihak Ilmi menjangkakan seluruh data mentah akan dapat dihantar kepada syarikat yang mengeluarkan sistem ini secepat mungkin, agar keputusan peperiksaan pertengahan tahun ini akan dapat diperolehi oleh ibubapa melalui sistem ini Insya Allah.
Sekian terima kasih, wajazakumullah khairan jaza'.

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN 2010

UPSR
Jumlah Murid 54 orang
Jumlah Lulus 46 orang (88.5%)
Gagal 6 orang (11.5%)
B Melayu 1 - 98.08% (2009 - 92.98%)
B Melayu 2 - 94.23% (2009 - 84.21%)
B Inggeris - 90.38 (2009 - 78.95%)
Matematik - 94.23% (2009 - 87.72%)
Sains - 96.15 (2009 - 89.47%)


PELAJAR CEMERLANG SPM 2010

9A - Aishah bt Azlan
8A - Nur Aishah bt Arshad
8A - Naimah bt Mansor
7A - Md Luqman Nul Haqim b Zul Razali
6A - Arina Dhamirah bt Mat Jusoh
6A - Izma Syazana bt Badrudin
6A - Maisara bt Mohammad
5A - Nur Athirah bt Azhar
5A - Syarifah Noor Amalfilzah bt Sy Md Dahiri



 

 

MATLAMAT PENUBUHAN ILMI

  • Mewujudkan satu sistem pendidikan Islam yang menggabungkan Diniah dan Agama secara menyeluruh.
  • Untuk melahirkan generasi yang mempunyai ruh Islam dan dapat menghayati dalam kehidupan seharian.
  • Untuk melahirkan generasi yang mempunyai pengatahuan yang tinggi dalam bidang Agama dan Akademik dengan melahirkan insan yang tinggi budi pekertinya dan berakhlak terpuji.
  • Untuk memberi tambahan kepada usaha-usaha getir semua pihak dalam Pendidikan Islam.


Al Ilmi Akademik

PENDAFTARAN TAHUN 2011
Assalamualaikum

Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah- sekolah Ilmi bermula dari bulan Oktober ini membuka PENDAFTARAN PELAJAR
BARU dan Pelajar yang ingin bertukar ke Ilmi. Sila dapatkan borang pendaftaran sekolah dan mengemukakannya bersama dengan wang pendaftaran sebanyak RM150.00(menengah) dan RM100.00 (rendah). Jangkaan tahun 2011, murid rendah darjah 1 100 orang, melibatkan 4 kelas Insya Allah. Manakala Tingkatan 1 berkemungkinan kekal dengan 3 kelas.Sila daftar segera,kerana tempat amat terhad.Murid-murid pasti amat
digalakkan mendaftara di Ilmi, begitu juga pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah rendah agama swasta digalakkan mendaftar di sekolah menengah agama ilmi.


KEMUDAHAN

Kelas berhawa dingin
Makmal komputer
Makmal sains & KHB
Kantin
Pusat sumber
Surau
Asrama (Muslimat shj)




    PENGANGKUTAN




    En Mazlan- 013 338 3344 ( Kaw: Au3, Au4, Jln Jelatek, Keramat, Seri Rampai, Taman Permata, Taman Rizuan, Wangsa Maju 2, 4, 5, 6 & 10.)
    En Rosman- 019 391 1576 ( Kaw: Bkt Teratai, Kg Pandan Dalan & Luar, Kg Tasik Campuran & Ampang Tasik.)
    En Subhi- 019 308 6752 ( Kaw: Pandan Indah, Tmn Saga, Tmn Mawar, Tmn Bkt Permai, Tmn Cempaka, Tmn Melor, Tmn Seri Watan & Tasik Permai.)
    Hj Solehan- 016 687 4287 ( Kaw: Bkt Indah, Bkt Ampang, Tmn Kosas, Tmn Halaman & Bandar Baru Ampang.)
    Ust Abdul Rahman- 016 275 6427 ( Kaw: Ampang Jaya, Au2, Au3, Jln Enggang, Kg Melayu, Setiawangsa, Tmn Dato' Ahmad Razali, Rasmi Jaya, Ampang Jaya.)
    En Rahmat- 016 625 4007 ( Kaw: Lembah Jaya Utara & Selatan, Ampang Tasik, Kg Ampang Indah, Tmn Mulia Jaya & Tmn Watan.)

  1. PROGRAM SEMASA

    Assalamualaikum
    Buat makluman para ibubapa, Sekolah Rendah Islam Ilmi (SERI) menganjurkan Lawatan pdaa hari ini (Sabtu), ke tempat-tempat menarik seperti kilang buat roti dan dua tiga tempat lagi.
    Manakala Sekolah Menengah Agama (Arab) Ilmi, akan melaksanakan IHTIFAL 2011 pada esok hari iaitu 18 April 2011, bermula jam 8.00 pagi, akan dirasmikan oleh Pengerusi Pengelola, iaitu Ustaz Daud Mamat.

    KARNIVAL SUKAN ILMI TAHUN 2011
    Assalamualaikum
    Pihak Sekolah Ilmi ingin memaklumkan kepada semua ibubapa bahawa Karnival Sukan Ilmi akan di adakan pada ketentuan berikut :
    HARI.............AHAD
    TARIKH...........4 APRIL 2011
    MASA.............8.00 pagi - 2 Tengah hari
    TEMPAT...........Kompleks Sukan Pandan.
    Kepada ibubapa yang ingin menyumbangkan tenaga menguruskan karnival sukan ini, sila daftarkan nama dengan Penyelaras Sukan iaitu Ustaz Badrul Hisam.Disebabkan sukan ini berlangsung pada hari Ahad, maka hari isnin keesokannya dikira sebagai cuti ganti sukan.
    Sekian, terima kasih.



http://ilmi-ilmi.blogspot.com/






    "MEMBENTUK GENERASI RABBANI"




 

  Next page: KAFA